Usah Berlengah Lagi!! Dapatkan Sekarang!

Anda boleh mendapatkan 1 tin Alpha Lipid LifeLine dengan harga istimewa RM180 sahaja!!!

Thursday, January 27, 2011

Kandungan Vitamin

Vitamin A
Menggalakkan pertumbuhan tulang, pertahanan terhadap penyakit, memperbaiki struktur kulit serta mengelakkan rabun;

Vitamin B1, B2, & B3
Membantu memelihara sistem saraf dan otot yang sihat serta fungsi jantung yang normal. Diperlukan untuk pembentukan sel darah merah, penghasilan antibodi, pernafasan sel, dan tumbesaran. Ia melegakan keletihan mata dan penting dalam pencegahan & rawatan katarak serta membantu metabolisme. Bersama dengan vitamin A, ia memelihara dan memperbaiki selaput mukosa dalam saluran penghadaman. Ia juga memudahkan penggunaan oksigen oleh tisu kulit, kuku dan rambut, menghapuskan kelemumur, dan membantu penyerapan zat besi dan vitamin B6; Diperlukan oleh badan kita untuk peredaran darah dan kulit yang sihat;

Vitamin B6
Untuk urat saraf, kebas kaki tangan. Diperlukan untuk pengeluaran sel darah merah dan antibodi. Ia perlu bagi sistem saraf dan otak berfungsi dengan normal dan untuk sintesis nukleik asid RNA dan DNA yang mana mengandungi arahan-arahan genetik bagi pengeluaran semula semua sel-sel dan pertumbuhan normal selular;

Vitamin B12
Menambah darah, sesuai untuk wanita mengandung. Diperlukan bagi pembuatan bahan genetik pada sel (DNA) untuk pertumbuhan dan pembesaran. Kekurangan vitamin B12 boleh menyebabkan keletihan, lemah badan, megaloblastic anaemia, sakit mulut dan lidah, kebas dan sesemut pada kaki dan tangan disebabkan oleh kerosakkan saraf tunjang serta gangguan mental dan emosi.

Vitamin C
Untuk kesihatan kulit, sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah kulit. Membantu mempercepatkan penyembuhan luka, menjaga sistem kekebalan tubuh, menyerap zat besi, membentuk tulang dan gigi;

Vitamin D
Penyerapan kalsium lebih banyak, tanpa Vitamin D, kalsium yang dimakan akan keluar melalui perkumuhan. Pertumbuhan normal, meningkatkan paras sitrat (garam asid sitrik) dalam darah dan menggalakkan penyerapan kalsium dalam usus, menjaga kesihatan tulang dan gigi;

Vitamin E
Antioksidan yang penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular. Ia memperbaiki peredaran darah, yang mana perlu untuk memperbaiki tisu. Ia memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan, mengurangkan parut. Sangat penting untuk mempertahankan fungsi saraf dan otot, melindungi struktur membran daripada rosak, mengekalkan pertumbuhan normal, mengelakkan metabolisma, mengekalkan struktur paru-paru, hati, dan membran sel darah merah. Sebagai antioksida, vitamin ini bermanfaat sebagai mencegah penyakit jantung dan melambatkan penuaan.

No comments:

Post a Comment